Search This Blog

Thursday, November 4, 2010

PERMATA MAHARAJA

Pelajar Harapan SMTDLM SPM 2010

MOJAVEL II

Bandingkan watak sampingan dalam dua novel yang anda kaji.

      
             Dua buah novel yang saya kaji ialah Bukit Kepong karya Ismail Johari dan Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin. Watak samping yang saya pilih dalam novel Bukit Kepong ialah Limah dan Hayati dalam novel Konserto Terakhir. Persamaan di antara Limah dengan Hayati ialah kedua-dua watak penyayang. Buktinya Limah amat menyayangi suaminya Othman sehingga dia mengalami tekanan perasaan apabila mengetahui suaminya terbunuh dalam serangan komunis di Bukit Kepong.Hayati pula membela Hilmi di hadapan ibunya.

          Manakala , perbezaan pula dari segi pegangan agama. Limah kuat pegangan agamanya. Buktinya  , dia mengajar anak-anak polis Bukitt Kepong mengaji. Hal ini amat berbeza dengan Hayati. Hayati tidak kuat pegangan agamanya. Buktinya dia tidak pernah mengerjakan solat kerana tidak pernah mendapat didikan agama daripada keluarganya.

Wednesday, November 3, 2010

MOJAVEL

Akronim MOJAVEL bermaksud modul jawpan novel. Berikut adalah contoh terbaik untuk soalan novel SPM 2010.

Soalan :
Berdasarkan 2 novel yang anda kaji, kemukakan 2 peristiwa berunsurkan suspen yang terdapat dalam setiap novel yang anda kaji.

(Untuk calon zon tengah )

             Dua novel yang saya kaji ialah Bukit Kepong karya Ismail Johari dan Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin. Dua peristiwa yang berunsur suspen dalam novel Bukit Kepong ialah peristiwa Limah dan penumpang bas ditanah oleh pengganas komunis semasa dalam perjalanan pulang dari Muar. Unsur suspennya, pembaca tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada Limah dan penumpang lain.Selain itu peristiwa Rumah Pasung Bukit Kepong diserang oleh pengganas komunis seramai 200 orang. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya adakah anggota Polis Rumah Pasung Bukit Kepong berjaya mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong .

           Manakala dalam novel Konserto Terakhir pula, peristiwa suspen apabila Hilmi telah merosakkan piano Hayati. .Hal ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada Hilmi. Selain itu peristiwa Hilmi tidak hadir ke Konsert Perdana.  Peristiwa menybabkan pembaca tertanya-tanya adakah konsert itu akan dibatalkan atau sebaliknya.

Bahasa Cemerlang , Persediaan Mantap

Akhirnya membuahkan hasil dengan memenangi naib Johan Pidato daerah Rembau. Muhammad Qayyum Ismail telah mewakili daerah Rembau ke peringkat negeri. Tahnia.


LEDAKAN KECEMERLANGAN

Menguasai ilmu semasa hukumnya wajib. Tidak akan ada kecemerlangan tanpannya. Justeru, kesedaran perlu disemaikan di hati golongan muda pada hari ini supaya mereka menjadi golongan yang cintakan ilmu termasuk ilmu sains. Hanya dengan  ilmu sahaja umat menjadi cemerlang dan gilang-gemilang. Berazamlah kita supaya berada di salah satu penjuru daripada penjuru-penjuru ilmu fardu kifayah ini. Jangan lupakan perkataan Imam Ghazali yang bermaksud ,
      " Yang fardu kifayah adalah setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yang tidak dapat diketepikan".

SILAP TU SAYANG !!!

Betulkan kesilapan yang biasa anda lakukan :-

SALAH                                  BETUL

1. ambilalih                              ambil  alih
2. aturcara                               atur  cara
3. bandaraya                           bandar  raya
4. empatbelas                          empat  belas
5. gambarajah                          gambar  rajah
6. gantirugi                               ganti  rugi
7. ibupejabat                            ibu  pejabat
8. keretapi                               kereta  api
9. kertaskerja                          kertas  kerja
10latarbelakang                       latar  belakang

Tuesday, November 2, 2010

Indah Hanya Cinta Pandang Pertama

Indah Hanya Cinta Pandang Pertama - Cara terbaik menghasilkan karangan cemerlangan

Indah=>   Isi 
Hanya => Huraian ...mengapa, bagaimana, bila, siapa
Cinta => Contoh, pendapat tokoh , keratan akhbar
Pertama => Penegasan ( Otai - Oleh itu, Tuntasnya, Akhir kalam, Inroni.)


Panduan Menulis Rumusan Cemerlang SPM

Gunakan TEKNIK FRAME

Teknik frame merupakan kaedah terbaik untuk mendapat markah penuh walaupun kekadang calon tersalah memberi isi. Hal ini adalah kerana calon telah menyenaraikan lebih satu isi di bahagian isi tersurat dan satu lagi di bahagian isi tersirat. Oleh itu jawapan calon adalah mantap dan tidak mungkin hilang markah.

Ringkasan TEKNIK FRAME


Terdiri daripada 4 bahagian frame iaitu :-


1. PENDAHLUAN - Tukarkan kata arahan kepada perkataan sinonim.
2. ISI TERSURAT - Cari 7 isi tersurat yang terdapat dalam petikan.
3. ISI TERSIRAT -  Senaraikan 3 isi yang difikirkan sendiri.
4. KESIMPULAN -  Kesimpulan hendaklah mengandungi cadangan dan harapan.



Tetapi AWAS !! Rumusan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perkataan yang dikira satu ialah :-


1. Nama khas.
2. Gelaran.
3. Kata depan di atau ke
4. Tarikh
5. Kata ganda