Search This Blog

Monday, July 25, 2011

10 CIRI-CIRI PENCERAMAH BERKESAN

1. Berkarisma.
2. Intonasi suara yang menarik.
3. Riaksi muka.
4. 'Body language'
5. Pemilihan diksi.
6. Bahasa yang berkesan.
7. Isi atau idea yang relaven.
8. Ada unsur humor atau kecindan.
9. Ada kesinambungan idea.
10. Yakin.

Menjadi pendengar yang baik

Kemahiran mendengar adalah penting dalam komunikasi. Mereka yang sangup diam dan mendengar percakapan orang lain secara aktif, mereka akan berjaya. Stephen R. Covey, presiden kepada Covey leadarship Centere dan pengarang buku The 7 Habits of Highly Effective People pernah berkata, " Bertahun-tahun kita diajar untuk bercakap, membaca menulis, tetapi tidak pernah diajar untuk mendengar".

Imam Bukhari dan Muslim melaporkan kata-kata nabi yang bermaksud, " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat hendaklah dia bercakap perkara-perkara yang baik ataupun hendaklah dia diam." Pendengar yang baik  mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu :-
1.   Mereka mendengar dan tidak memotong percakapan orang lain.
2.   Mereka mendengar maksud (subteks) yang hendak dikatakan.
3.   Mereka cuba ingat fakata-fakta yang disampaikan.
4.   Apabila sedang menulis, mereka hhanya menulis isi-isi penting.

Sumber:  Dr. Danial Zainal Abidin, Tip-tip Cemerlang daripada Quran.2009.